SyaLif

SyaLif

Wednesday 4 January 2012

Sya :'(

semalaman ak xlena..
entah knapa?? ape yg ak thu ak kne uat video call dgn sya sblom kami study @ sblom kami tdow..
bagaikan menjadi kwajipan kpd kami..
mgkin ini salah 1 cara utk melepaskan kerinduan msing-msing.. maklum la dy d Dungun manakala
ak d KB.. kami still belajar lagi..

sape ckp kami xrindu??
mstila kami rindu.. klau dy xmsg ak, ak glisah dan ak cube call dy tnye dy busy @ x.. inilah lumrah mnusia.. Allah SWT jdikan manusia utk berkasihan antra 1 sme lain..
ak thu ak slalu buat dy sdih n mnangis krn perbuatan ku..
ak xtergamak utk bersuara tggi @ mnengking dy.. bg ku dy la Permasuri ku.. sudah tentu ak n dy same-same setia.. xder pasangan pom mahu cinta mereka lebur di tengah bara api.. smetinya stiap psangan akan buat yg terbaik utk kekal bhagia bersama orang yg di cintainya.. kekadang ak hrus trima ak adlh insan kekurangan namun ak punyai hati yg akan terus merindui sya.. walaupom kami gduh kami xpernah berfikir untk berpisah.. Na b jnji xkn tggl na walau apepom yg terjadi..
B cintakn na je.. dengarkanlah n fahamilah janji-janji kite mse kite mula couple.. :'(

♥ .. CINTA TAK BERSEBAB... ♥

SyaLif 
Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati.

Tuesday 3 January 2012

My Uncle & Mat Din

hye2 korang...
kali ini ak nak citer sal my uncle..
ak knl dy dlm fb je tp kiteorang da jmpe 18.12.2011..
dy dtg dpd kL..
jeng2 ny la my uncle..
name dy Mohidin Abu..
dy kerja sbgai Penolong Pengurus Tenaga Nasional Kuala Lumpur..
hensem kn??
mstila..
gmbr ny d amek shari sblom dy blk kL..
msempt lg posing dy.. he3.. yela uncle jrg dtg klantan..
ny kwn baik ak tepi uncle.. name dy Din..
dy bnyk simpn rahsia ak.. he3...
uncle..
nanti uncle dtg klantn lg ea..
sy thu uncle nk dtg bula 1 ny :)
sy tggu uncle tao :)

♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG YG SALAH♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

Kisah Menyayat Hati ♥ ♥ ♥

BF : Kita main satu game nak tak ?
GF : Game apa ?
BF : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya .
Maksudnya tak paya text call or apa apa yang berkaitan lah .
Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tengok siapa menang :')
GF : Okay !

ESOKNYA , SI GF TERPAKSA LAH TAHAN RINDU DEKAT BF . MENGENANGKAN YANG INI 1 PERMINTAAN , SI GF CUBA KUATKAN HATI .

KEESOKKAN HARINYA , SI GF CALL SI BF . TAPI ATK DJAWAB .
SO SI GF PERGI DEKAT RUMAH BF DIA .
DI LUAR RUMAH , RAMAI ORANG . DIA MULA RASA PELIK KEMUDIAN TERUS MASUK KE DALAM RUMAH . DAN TUBUH ITU ADALAH JASAD SI BF YANG SUDAH MENINGGAL .
IBU SI BF PUN BAGI SURAT DEKAT GF .
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat yang bertulis :

SAYANG , SEMALAM AWAK DAPAT HIDUP SEHARI TANPA SAYA .
SAYA PASTI ESOK & SETERUSNYA PASTI AWAK DAPAT HIDUP
BAHAGIA TANPA SAYA . LOVE YOU ♥ ♥ ♥

Nasihat kepada mereka yang tak pernah puas hati mencari kesempurnaan pada pasangan...


Pada suatu hari di sekolah, Seorang guru sedang mengajar tentang Kasih Sayang,
maka ada seorang murid bertanya pada gurunya...

Murid: Cikgu, macam mana kita nak memilih seseorang yang terbaik untuk kita sayangi? dan macam mana pula kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu: Ok, sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang, walau sekali, dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput berada di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masih saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang banyak rumput yang cantik tapi cikgu suruh ambik yang paling cantik. maka saya terus berjalan kehadapan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang. tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpapun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula. jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Ya, itu lah jawapanya.

* Moral: Apabila kita telah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. hargailah orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang lalu tidak berulang kembali dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik untuk kita.. Walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan lebih baik seperti rumput tadi..

Hargailah apa yang kita ada.. 'Terlajak perahu boleh lagi diundur, terlajak kata buruk padahnya'..